KUALA LUMPUR: Kumpulan penggodam terkemuka, Anonymous sedang merekrut pakar komputer di seluruh dunia termasuk penggodam tempatan bagi meneruskan perang siber ke atas laman web pro-Israel yang dilancarkan minggu lalu.
Mereka menggelarkan operasi godam terbabit sebagai ‘OpIsrael’ dan bertindak sedemikan sebagai tindak balas serangan kejam Israel ke atas rakyat Palestin yang mengorbankan ratusan nyawa tidak berdosa.
Menurut seorang penggodam tempatan yang enggan dikenali, mereka berhubung dengan Anonymous sejak beberapa minggu lalu menerusi forum rahsia untuk berkongsi maklumat serta menerima latihan mengenai teknik menggodam yang sesuai.
“Menerusi forum berkenaan Anonymous membekalkan penggodam dengan perisian ‘Distributed Denial of Service’ atau DDoS, malware dan sebagainya untuk dijadikan ‘senjata’ bagi melumpuhkan laman pro-Israel, khususnya yang menggunakan domain ‘.il’,” katanya ketika dihubungi semalam.
Katanya lagi kumpulan penggodam tempatan turut berhubung dengan penggodam dari Indonesia, Brunei dan Pakistan untuk merancang strategi terbaik melumpuhkan laman terbabit.
“Antara kaedah yang digunakan adalah menyerang dengan perisian DDoS sehingga laman berkenaan menjadi berat dan seterusnya memberi peluang kepada penggodam lain untuk ‘menyerang’ dan ‘menceroboh’ sistem laman terbabit,” ujarnya.
Bagaimanapun jelasnya kerajaan Israel sedang meningkatkan keselamatan pelayan laman web kerajaan untuk menghalang Anonymous daripada mengakses data sensitif khususnya membabitkan operasi ketenteraan.
Related Post :
Anonymous - #Operation Israel
Anti-Israel rage across globe as violence in Gaza goes on (PHOTOS)
Egypt-brokered Hamas-Israel ceasefire comes into effect
0 Comments